
Merapatkan diri dengan Syeikh, Ulama, Habib dan para pejuang Allah, membuatkan manusia itu berada dalam zon tenang 24 jam.
Orang yang kaya dan berharta, tanggungjawabnya besar.
Apabila di akhirat kelak, sekecil-kecil dan sebesar-besar harta yang dibelanjakan akan ditanya pergi ke mana.
Masa itu, rumah besar, rumah kecil, kereta mewah, kereta murah, semuanya diambil kira.
Setiap rezeki yang Allah beri, adalah untuk dikongsikan bersama hamba Allah yang lain.
Ya Allah. Nikmatnya berada bersama pejuang-pejuangMu ini.