Kaedah Dropship

KAEDAH DROPSHIP

Dropship adalah memerlukan anda mempromot barang tersebut dilaman sosial,laman-laman pengiklanan dan sebagainya. Sesuatu yang menarik, anda tidak perlu beli stok ataupun menyimpan stok.

Anda hanya perlu ambil gambar produk tersebut, iklankan. Bila anda dapat tempahan, anda hanya perlu hubungi supplier produk tersebut dan supplier itu sendiri yang akan menghantarkan untuk anda.

Sebut pula pasal harga, anda jual produk tersebut dengan harga pasaran dan anda bayar supplier tersebut dengan harga agent. Menarik bukan?