Menjemput Rezeki Lebih Mudah Daripada Mencari Rezeki

MENJEMPUT REZEKI LEBIH MUDAH DARIPADA MENCARI REZEKI????

Saya pernah hidup dengan takde duit langsung! Dalam wallet tinggal syiling tanpa duit kertas. Dalam bank cukup untuk beli makan 2 hingga 3 kali jer????

Apa yang ada hanya diri sendiri, bisnes yang entah untung entah rugi dan Yang Maha Pencipta. Disinilah saya belajar sebenarnya meminta pada yang Esa. Berserah sepenuh hati kepada Yang Maha Pemberi Rezeki.

Bangun awal pagi takde duit nak makan minta dengan Allah SWT.
Nak gerak keluar rumah takde duit, minta dengan Allah SWT.
Nak minum air kosong pun takde duit, minta dengan Allah SWT.
Nak tidur takde duit, minta dengan Allah SWT.

Sikit-sikit mengadu dengan Allah SWT, meminta kepadaNya. Serba serbi meminta!
Bisnes ini sebenarnya mengajar saya mengenal lebih dekat, siapa itu Allah SWT.
Rezeki itu bukan atas usaha kita tapi atas ehsan Allah SWT nak bagi kepada kita.
Usahalah sekuat hati dalam bisnes dan serahkan selebihnya kepada Allah SWT.

"Tiada Hasil Yang Mengkhianati Usaha"

EBIZNITA????????
"MEMPERKASA EKONOMI WANITA"